ASEAN bincang isu Myanmar esok

ASEAN bincang isu Myanmar esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu kestabilan Myanmar merupakan menjadi antara agenda pemimpin negara serantau dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 esok.

Wisma Putra berkata, para pemimpin akan menilai pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) mengenai Myanmar serta hala tuju dalam menangani krisis politik dan kemanusiaan di negara tersebut.

Myanmar kini terjerumus dalam krisis politik dan kemanusiaan berpanjangan sejak tentera menggulingkan kerajaan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) pada 1 Februari 2021.

Sebelum ini, pemimpin ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar dan menerima pakai 5PC yang antara lain menyeru penghentian segera keganasan dan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Myanmar.

Dalam pada itu, Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN esok menyaksikan Menandatangani Deklarasi

Penyertaan Timor-Leste sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11.

Timor Leste kini selangkah untuk menjadi ahli rasmi ASEAN selepas 14 tahun selepas negara itu pertama kali memohon untuk menyertai blok serantau tersebut.

Dalam pada itu, sidang kali ini merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN, Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu antara ASEAN dan tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, India, Jepun, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat.

Selain itu, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Sidang Kemuncak ASEAN Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-New Zealand.

Menteri-Menteri Luar ASEAN juga dijadualkan mengadakan mesyuarat hari ini.

Acara lain yang dijadualkan pada hari ini termasuk Majlis Menandatangani Instrument of Accession kepada Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) serta Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-30.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN