PUTRAJAYA: Sebanyak 102 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Bekerja Dari Rumah (BDR) pada 23 Oktober hingga 29 Oktober ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, kebenaran itu mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. Katanya, Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di semua sekolah terlibat…