Anwar dan Trump bincang dua hala

Anwar dan Trump bincang dua hala

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Donald Trump.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala yang telah dijalankan termasuk kerjasama strategik perdagangan, teknologi dan keamanan serantau.

Anwar berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Trump atas peranannya dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Gaza serta Pelan Damai Gaza.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia Amerika Syarikat yang telah dijalankan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi, dan keamanan serantau.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranan beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) serta Pelan Damai Gaza, yang menjadi sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.

“Malaysia dan Amerika Syarikat bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat, kepentingan bersama, dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat,” katanya dalam Facebook beliau.

Terdahulu, Anwar sekali lagi berkesempatan mengadakan pertemuan singkat dengan Trump sebelum beliau berlepas ke Tokyo, Jepun.

Pemimpin kuasa besar itu mengadakan lawatan ke Malaysia selama dua hari bermula semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN