Anggota TLDM maut dalam nahas dirempuh kereta

Anggota TLDM maut dalam nahas dirempuh kereta

bayi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Abdullah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal berkata, maklumat kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah kereta Honda HRV itu diterima pada pukul 6.40 pagi.

Katanya, semasa kejadian, kereta dipandu wanita berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari Taman Ros menuju ke Pekan Teluk Intan manakala mangsa yang terkorban, Shahrul Effendy San Osman, 37, datang dari arah pekan menuju ke Hutan Melintang.

“Sampai di tempat kejadian, kereta dipandu wanita itu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat bertukar hijau namun sebuah motosikal dari arah kanan merempuh kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta pula cedera dan telah dibawa ke klinik kesihatan untuk rawatan susulan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN