KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersama empat warga India didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan tujuh individu bagi tujuan eksploitasi seksual secara paksa, bulan lalu. Koperal S. Kobinath, 34, bersama seorang lelaki, Mathan, 21 dan tiga wanita, Thanaletchumy, 57; Vasanthy Shanmukham, 44; dan Muniswary, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut…