Anggota bomba maut motosikal rempuh kerbau 

Anggota bomba maut motosikal rempuh kerbau 

ALLAHYARHAM MOHAMAD KAMIL MAT JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang anggota bomba maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Kilometer 85 Jalan Ladang Gajah Mati, di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Kamil Mat Jusoh meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, sedang dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Selesa, AMBS selepas menghadiri Program Hari Pencegahan Kebakaran 2025 di Kuala Terengganu. 

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sekumpulan kerbau  melintas jalan menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 SL tidak sempat mengelak lalu melanggar salah seekor kerbau tersebut. 

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun, untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izuddin Mahmood menyifatkan pemergian Mohamad Kamil sebagai kehilangan seorang anggota bomba yang sangat komited dalam tugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN