Ancam boikot, drama popular bernasib malang - Utusan Malaysia

Ancam boikot, drama popular bernasib malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA ditanya apakah drama Korea Selatan yang sedang mencuri tumpuan hari ini, sudah tentu Tempest akan masuk ke dalam senarai bagaimana seorang diplomat menyelamatkan Korea Selatan daripada diserang. Aktres dengan bayaran termahal, Jun Ji-Hyun menggalas karakter itu selepas hiatus selama empat tahun daripada dunia lakonan.
Bagaimanapun, di kala drama ini menembusi angka tontonan cemerlang di platform Disney+, episod empat cerita ini membenamkan nama Ji-Hyun sekali gus membuat peminatnya di China mengamuk.

Dalam cerita itu, Ji-Hyun melontarkan dialog ‘mengapa China suka berperang?’. Gara-gara itu, jenama fesyen China yang sepatutnya menjalani penggambaran iklan bersamanya di Seoul pada 25 September membatalkan projek tersebut sepenuhnya. Bukan hanya Tempest, terdapat beberapa naskhah yang pernah menimbulkan kontroversi dan diugut.

Joseon Exorcist

Sekali lagi tentang China, drama yang satu ini juga bernasib malang apabila hanya bersiaran selama dua episod sahaja. Kontroversi bermula sejak episod satu lagi di mana sesi penggambaran drama sejarah Korea tiba-tiba mempunyai prop dari China seperti kek bulan dan telur pindang China. Lebih daripada 184,000 orang telah menandatangani petisyen Rumah Biru agar drama tersebut dikeluarkan dari siaran secara kekal.

Knock-off

Drama yang satu ini pula dilanda kontroversi bukan kerana dialog atau plot cerita. Tapi kerana pelakonnya yang berhadapan dakwaan kes bercinta dengan pelakon bawah umur. Kim Soo-hyun yang juga antara pelakon termahal negara itu sepatutnya menjadi hero dalam drama Knock-Off. Bahkan drama ini sudah menjalani penggambaran. Kerana kontroversi itu, jadual tayangan ditangguhkan tanpa tarikh yang pasti. Produksi mengalami kerugian sebanyak 60 bilion won bersama RM210 juta.

Snowdrop

Mesti ramai yang ingat lagi drama Snowdrop diterbitkan pada 2021. Waktu itu ramai yang teruja sebab itulah kalu pertama mereka melihat Jisoo Blackpink berlakon sebagai watak utama. Bagaimanapun, nampaknya penonton Korea Selatan tidak gemar dengan jalan ceritanya kerana dianggap tidak sensitif dalam menceritakan protes pelajar pada 1987. Ramai bekas aktivis meminta agar drama ini dihentikan.

When the Call Rings

Merupakan antara drama popular tahun lalu mengisahkan bagaimana pasangan suami isteri menyelamatkan rumah tangga melalui panggilan telefon. Sejujurnya rating drama ini terus naik mencanak dan digemari penonton. Malangnya, drama ini mengundang kontroversi di dua episod terakhir apabila dikatakan memanipulasi keadaan pembunuhan beramai-ramai di Palestin dengan meletakkan nama tempat seperti Paltima dan Izmael. Tambahan pula ketika itu isu Palestin dan Israel hangat didebatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN