Ambil positif pandangan buruk terhadap misi Sumud Flotilla ke Gaza - Utusan Malaysia

Ambil positif pandangan buruk terhadap misi Sumud Flotilla ke Gaza

NARAZMAN Ishak (kiri) berkongsikan pengalamannya semasa menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Palestin, dalam program yang diadakan di Kuala Kangsar, Perak, hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kesedaran dan mengambil tahu kesengsaraan penduduk Gaza oleh kalangan generasi Z (Gen Z) negara ini merupakan satu daripada impak hasil penyertaan wakil Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Palestin.

Seorang daripada rakyat Malaysia yang menyertai misi itu, Norazman Ishak berkata, dia gembira dengan pencapaian tersebut meskipun menyedari tentang wujudnya reaksi meremehkan usaha berkenaan.

“Kita tengok yang positif. Gelombang ini bukan hanya diikuti oleh Gen X, malah Gen Z. Mereka hendak hendak tahu apa yang berlaku di Gaza. Itulah kejayaan kita sebenarnya.

“Kita tidak boleh sangkal apa yang orang hendak katakan, itu pandangan mereka. Tetapi alhamdulillah, sebenarnya rakyat Malaysia bersama kita sejak kita berada di atas kapal. Rakyat Malaysia bersama kita berdoa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norazman ditemui semasa penganjuran Eksplorasi Rakit Flotilla untuk Palestin, melibatkan hampir 100 peserta menggunakan 26 rakit sepanjang Sungai Perak sejauh sembilan kilometer dari Jambatan Victoria sehingga ke jeti utama Kuala Kangsar.

Katanya, penganjuran eksplorasi rakit itu bertujuan mendedahkan serta memberi gambaran sebenar kepada penduduk sekitar tentang bagaimana cabaran yang dihadapi oleh peserta GSF untuk menjayakan misi tersebut.

“Kita mahu gelombang ini berterusan dan semangat tidak terpadam meskipun sudah ada usaha gencatan senjata. Kita tunggu sehingga November ini apabila Presiden Colombia (Gustavo Petro) yang akan membawa usul menyokong Palestin di luar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN