PETALING JAYA: Kehadiran kuasa besar berpengaruh ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur bakal membawa dimensi berbeza kepada rantau ini sekali gus mampu menyerlahkan suara Malaysia sebagai pengerusinya. Kehadiran ketua negara dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, China, Korea Selatan, Jepun, Russia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan membuktikan diplomasi Malaysia di tahap tertinggi. Pensyarah Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat…










