Aliran trafik perlahan, ramai bercuti panjang Deepavali - Utusan Malaysia

Aliran trafik perlahan, ramai bercuti panjang Deepavali

PLUS
Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama ekoran orang ramai yang pulang ke kampung halaman bersempena sambutan Deepavali akan datang.

Menerusi Paparan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang serta Bandar Cassia ke Bukit Tambun.

Menurut laporan, bagi laluan E1 Lebuhraya Baru Lembah Klang terdapat lori rosak di Persimpangan Subang arah Utara dari Subang ke Damansara dan separuh susur terhalang tetapi trafik masih dalam keadaan terkawal.

Manakala, di laluan E1 terdapat kemalangan di KM 323.7 arah Utara dari Tapah ke Gopeng menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan terdapat treler rosak di KM 266.0 arah utara dari Ipoh Utara ke Terowong Menora yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang namun trafik masih dapat dikawal.

Sementara itu, di KM 108.0 arah Utara dari Sungai Petani (Selatan) ke Sungai Petani (Utara) berlaku kemalangan namun tiada lorong terhalang dan trafik agak perlahan.

LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya lebih berhati hati ketika memandu dan patuhi had laju yang telah ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN