KUALA LUMPUR: Kesemua 23 rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel kelmarin dijangka dibebaskan dalam tempoh satu atau dua hari lagi dengan bantuan Kerajaan Turkiye. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berhubung dengan Recep Tayyip Erdogan semalam, dan Presiden Turkiye itu menugaskan Ketua Keselamatan mereka, Dr. Ibrahim Kalin untuk membantu Malaysia membawa keluar 23 peserta GSF yang ditahan oleh rejim zionis.…