Agenda basmi kemiskinan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja

Agenda basmi kemiskinan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja – Nurul Izzah

kemiskinan
Nurul Izzah Anwar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agenda membasmi kemiskinan tidak boleh dibiarkan dipikul oleh kerajaan sahaja sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pihak-pihak terbabit termasuk universiti, sektor swasta, badan masyarakat sivil, dan juga sokongan individu.

“Hanya dengan kesatuan usaha inilah kita mampu mencapai hasil yang bermakna,” katanya yang berucap atas kapasiti sebagai pengasas badan pemikir Polity pada sebuah forum berkaitan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI), satu kaedah mengukur kemiskinan yang lebih menyeluruh.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, dan menghimpunkan pelbagai tokoh akademik, pembuat dasar serta wakil pertubuhan masyarakat sivil.

Nurul Izzah berkata, kemiskinan tidak boleh lagi dilihat hanya dari sudut pendapatan semata-mata kerana ia tidak lagi mencerminkan realiti sebenar kehidupan rakyat.

“Banyak isi rumah masih berdepan kekurangan dari segi akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, dan kemudahan asas,” katanya.

Oleh itu katanya, pendekatan MPI mampu membantu kerajaan menilai keberkesanan dasar serta program pembasmian kemiskinan dengan lebih tepat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN