KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan representasi yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membatalkan kesemua tujuh pertuduhan jenayah terhadapnya. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy hari ini. Menurut beliau, AGC menolak representasi dikemukakan pasukan peguam Muhyiddin pada 22 Ogos lalu berhubung permohonan menggugurkan empat pertuduhan salah guna…