Adakah hukuman rotan pelajar berkesan? -Dominic Lau - Utusan Malaysia

Adakah hukuman rotan pelajar berkesan? -Dominic Lau

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu meneliti secara menyeluruh segala cadangan untuk memperkukuh sistem pendidikan termasuk mengembalikan semula hukuman fizikal di sekolah sebelum membuat sebarang keputusan.

Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, malah pelaksanaan semula bentuk hukuman tersebut juga perlu dinilai daripada segi keberkesanan serta kesesuaian dengan konteks pendidikan masa kini.

Katanya, Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 membenarkan pengetua memberi kuasa kepada guru untuk menjalankan hukuman fizikal secara munasabah namun Akta Kanak-kanak 1990 dengan jelas melarang sebarang bentuk hukuman fizikal terhadap kanak-kanak.

“Kedua-dua undang-undang ini mempunyai percanggahan dari segi tafsiran dan pelaksanaan. Oleh itu, hukuman fizikal mungkin boleh dianggap sebagai satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Soalya, adakah pemulihan hukuman fizikal benar-benar berkesan untuk mengelakkan pelajar melakukan kesalahan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut merujuk kepada kes dua guru lelaki di Pulau Pinang didakwa di mahkamah baru-baru ini berhubung tindakan memukul pelajar dengan rotan hingga cedera di sebuah sekolah menengah, dua tahun lalu.

“Persoalan sama ada guru patut atau tidak menggunakan hukuman fizikal ke atas pelajar kembali mencetuskan perdebatan.

“Seolah-olah isu ini tidak pernah mempunyai jawapan muktamad. Daripada terus berbahas tentang patut atau tidak, lebih baik kita menilai kesan baik dan buruk hukuman fizikal itu sendiri, adakah ia benar-benar berkesan?” katanya.

Dominic berkata, hasil perbincangan dengan beberapa tokoh pendidikan berpengalaman mendapati bahawa pada masa dahulu, penggunaan rotan dianggap cara paling cepat menyelesaikan masalah pelajar.

“Tetapi akhirnya mereka sedar bahawa masalah disiplin tidak semestinya dapat diselesaikan. Ramai pelajar selepas dihukum tidak benar-benar menyesal atau sedar akan kesalahan mereka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN