Adakah air mani itu najis?

Adakah air mani itu najis?

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Adakah air mani itu najis?

SOALAN
Saya ingin penjelasan adakah pakaian terkena air mani perlu dibasuh .Jika terkeluar air mani Kita di wajibkan mandi junub atau tidak perlu?

Azlizam Yeop
Taiping

JAWAPAN
Air mani adalah tidak najis apabila keluar melalui mimpi dan disunatkan basuh kerana mazhab Hanafi menganggap ia najis.
Adapun air mani yang keluar melalui jima wajib dibasuh kerana sudah didahului dengan air mazi.

Bilangan tempat solat jadi saksi

SOALAN
Saya melihat jemaah masjid selalu bertukar tempat daripada tempat sembahyang fardu kepada sunat. Kenapa tu ustaz?

Saifuddin Yusuf
Tengkera, Melaka

JAWAPAN
Pertukaran tempat solat di masjid adalah untuk memperbanyakkan tempat solat dan menjadi saksi untuk orang yang bersolat di situ.

Pelamin mudahkan pengantin bersalaman dengan tetamu

SOALAN
Jika Islam tidak membenarkan persandingan dalam majlis perkahwinan adakah boleh pelamin diadakan hanya untuk tujuan bergambar untuk pengantin dan keluarga?

Siti
Pontian

JAWAPAN
Pelamin untuk diduduki oleh pengantin tidak ada masalah. Ini kerana untuk mereka duduk bersalaman dan bergambar dengan tetamu.

 

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN