6,000 pelajar dijangkiti influenza, beberapa sekolah ditutup

6,000 pelajar dijangkiti influenza, beberapa sekolah ditutup

MOHD AZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara dikesan dijangkiti virus influenza, sekali gus mendorong beberapa sekolah mengambil langkah penutupan sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berhubung rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantau perkembangan berkenaan kes tersebut dan akur sekiranya mana-mana sekolah perlu ditutup demi keselamatan pelajar dan warga sekolah.

“Kita telah minta pegawai di peringkat Lembaga Peperiksaan untuk bersiap sedia kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 3 November nanti.

“(Setakat ini) kira-kira 6,000 pelajar dikenal pasti berhadapan dengan jangkitan influenza. Namun kes itu tidak tertumpu di satu kawasan sahaja, sebaliknya melibatkan sekolah di beberapa negeri,” katanya menerusi sidang akhbar khas di KPM di sini hari ini.

Mohd Azam berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung situasi semasa penularan jangkitan influenza yang dilaporkan meningkat dan turut membabitkan institusi pendidikan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penutupan sekolah dilakukan secara bersasar bergantung kepada tahap penularan dan nasihat daripada PKD.

Jelasnya, antara negeri yang terlibat dengan penutupan sekolah termasuk di Johor, namun tidak menyatakan jumlah sebenar keseluruhan sekolah yang terlibat.

“Tidak semua sekolah dengan kes influenza perlu ditutup. Ada yang hanya perlu memberikan cuti sakit kepada pelajar terlibat sahaja,” katanya.

Mohd Azam turut mengingatkan agar semua institusi pendidikan untuk merujuk garis panduan pengurusan penyakit berjangkit serta melaporkan terus kepada pejabat kesihatan.

Pada masa sama, katanya, para pelajar dan warga sekolah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka, selain mengurangkan aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk berinteraksi secara ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN