Industri perfileman Korea Selatan terus mencipta fenomena, bukan sahaja di tanah air sendiri tetapi juga di pentas antarabangsa terutama selepas kejayaan besar filem Parasite di Anugerah Akademi 2020.
Dari sejarah ke komedi, fantasi hingga realiti sosial, lima karya itu menjadi bukti bahawa industri filem Korea Selatan bukan sekadar hiburan tetapi adalah cerminan budaya, semangat dan kreativiti tanpa batasan.
Ayuh kita senaraikan antara lima filem paling berjaya yang membuktikan kekuatan sinema lokal Korea Selatan.

ODE TO MY FATHER (2014)
Arahan Yoon Je-kyoon dan lakonan mantap Hwang Jung-min serta Kim Yunjin menjadi antara naskhah paling menyentuh hati.
Mengisahkan pengorbanan seorang lelaki biasa yang melalui pelbagai zaman dalam sejarah Korea, filem ini meraih lebih 10 juta penonton dan dianggap sebagai surat cinta buat generasi lama.

EXTREME JOB (2019)
Siapa sangka filem komedi arahan Lee Byeong-heon menjadi antara naskhah pecah panggung paling laris di Korea?
Dibintangi Ryu Seung-ryong, Lee Ha-nee dan Gong Myung, kisah lima anggota polis yang membuka restoran ayam sebagai penyamaran ini berjaya mengaut lebih USD120 juta kutipan.
Lawak bersahaja dan plot twist menjadikan filem kegemaran ramai.

THE ADMIRAL: ROARING CURRENTS (2014)
Diarahkan oleh Kim Han-min, filem epik ini menampilkan Choi Min-sik sebagai Laksamana Yi Sun-sin yang mengetuai pertempuran laut bersejarah menentang armada Jepun.
Sarat aksi dan emosi, karya hebat itu mencatat lebih 17 juta penonton, menjadikannya filem paling ramai ditonton dalam sejarah Korea Selatan.

PARASITE (2019)
Tidak perlu diperkenalkan lagi, karya agung arahan Bong Joon-ho ini menggegarkan dunia apabila memenangi naskhah bukan bahasa Inggeris pertama dalam sejarah memenangi Oscar untuk Filem Terbaik.
Dibintangi Song Kang-ho, Lee Sun-kyun dan Cho Yeo-jeong, satira sosial tentang jurang dua darjat ini bukan sahaja meraih lebih USD72 juta di Korea, malah membuka mata dunia terhadap kehebatan sinema tempatan mereka.

ALONG WITH THE GODS: THE TWO WORLD










