SEREMBAN: Seramai 35 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes murid lelaki tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di Senawang, di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, individu berkenaan terdiri daripada murid, guru, kakitangan sekolah, doktor serta keluarga mangsa. Menurutnya, pihak polis juga sedang mendapatkan beberapa laporan dan rekod daripada sekolah terbabit, forensik dan hospital. “Dijangka…