LIPIS: Tanda awal Monsun Timur Laut (MTL) mula melanda di Lipis apabila sebanyak 31 buah rumah terjejas dengan kejadian banjir kilat di dua buah penempatan di sini, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 4 pagi ini, limpahan air Sungai Kechau mengakibatkan banjir kilat berlaku di Kampung Kechau Tui dan Felda Kechau Satu yang terletak di kawasan mukim Telang dan Mukim Kechau. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis berkata,…