KUALA LUMPUR: Penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT), protokol tindak balas bencana serantau, latihan maritim serta penyataan bersama mengenai kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertahanan antara agenda utama Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-19 dan ADMM-Plus Ke-12. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat yang dianjurkan Malaysia bermula semalam hingga Ahad ini menandakan penerimaan 25 inisiatif baharu, menjadikan ia antara tertinggi pernah dicatat sejak penubuhan ADMM dan ADMM-Plus. Katanya,…









