300 veteran ATM mohon lanjut pelajaran peringkat diploma

300 veteran ATM mohon lanjut pelajaran peringkat diploma

MOHAMED KHALED NORDIN menyampaikan sumbangan kepada veteran ATM pada Majlis Penyampaian Ganjaran Hilang Upaya (GHU) dan kotak cakna Veteran ATM di Bangunan UMNO Bahagian Muar, Muar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertahanan menerima kira-kira 300 permohonan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma melalui inisiatif Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu merupakan antara 1,000 anggota ATM yang disasarkan tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Menurutnya, inisiatif WBL bertujuan meningkatkan taraf akademik anggota ATM sebelum mereka menamatkan perkhidmatan sekali gus membolehkan mereka bekerja dengan tangga gaji kelulusan lebih tinggi selepas tamat perkhidmatan.

“Program berkenaan membabitkan peruntukan RM3 juta dan ia dilakukan secara kerjasama strategik dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Setiap anggota yang mengikuti pengajian itu akan menerima peruntukan RM6,000 bagi menampung kos pembelajaran,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian Ganjaran Hilang Upaya (GHU) dan kotak cakna Veteran ATM di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, antara universiti yang terlibat menyediakan pengajian peringkat diploma ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Menurutnya, pihak kementerian tidak mahu anggota tentera yang tamat perkhidmatan secara wajib hanya bergantung kepada pendapatan wang pencen untuk menampung saki-baki kehidupan.

“Pencen anggota tentera bersara bukannya untuk menampung saki-baki kehidupan mereka tetapi pencen kepada mereka satu lagi kehidupan yang baharu melalui pekerjaan baharu kerana rata-rata anggota berpencen usia masih muda dalam lingkungan 42 dan 43 tahun.

“Jadi umur ini masih lagi mampu untuk berkhidmat dan bekerja, ini yang kerajaan beri perhatian, apabila mereka pencen umur 42 tahun, keluar nanti mereka terus boleh bekerja,” katanya.

Inisiatif WBL merupakan antara tiga aspirasi kerjasama strategik Kementerian Pertahanan dengan KPT bagi membantu memberi jaminan masa depan kepada anggota tentera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN