PETALING JAYA: Semua 23 rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis Khamis laludibebaskan dan kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon, selatan Israel untuk diterbangkan ke Istanbul, Türkiye.
Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembebasan itu berlaku selepas semua 23 rakyat Malaysia yang ditahan menandatangani arahan pengusiran dari Israel.
“Alhamdulillah, 23 (rakyat Malaysia) sekarang menuju ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel (dan) dengan pesawat khas dari Turkiye mengangkat mereka ke Istanbul,” katanya pada sidang media khas pembebasan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), hari ini. – UTUSAN