KUALA LUMPUR: Seramai 20,141 guru baharu ditempatkan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara tahun ini bagi mengisi kekosongan sedia ada. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah itu, seramai 10,045 guru baharu telahpun ditempatkan manakala baki 10,096 orang, terdiri daripada graduan pasaran terbuka dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan mula ditempatkan di semua sekolah KPM pada November depan. “Sehingga 22 September 2025, seramai 10,045 guru…










