YWP, Maybank anjur Program CSR ‘Menghulur Bantuan’ - Utusan Malaysia

YWP, Maybank anjur Program CSR ‘Menghulur Bantuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Malayan Banking Berhad (Maybank), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) menganjurkan Program Inspirasi CSR ‘Menghulur Bantuan’ di Dewan Wawasan SMSS, di sini hari ini.

Program bermula pukul 8 pagi dengan ketibaan peserta PPREPKOM sebelum diteruskan dengan sesi ice-breaking dan latihan berkumpulan bertemakan ‘Semarak Semangat’.

Peserta turut mengikuti sesi perkongsian inspirasi oleh wakil Maybank serta motivasi daripada alumni SMSS, Azra Atiqah Mohamad Mazelin yang pernah muncul Pelajar Terbaik SPM dengan keputusan 10A.

Maybank dalam masa sama melaksanakan aktiviti pengindahan kawasan sekolah termasuk mengecat batu hiasan dan kolam ikan selain menyumbang dua unit penghawa dingin.

Majlis penutup sekitar pukul 12.30 tengah hari dihadiri Pengarah JKM Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh; Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Sosial YWP, Nadiah Mohd. Ariff; serta Head Transaction Banking Maybank, Khalimah Haron.

YWP dalam kenyataan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Maybank atas sokongan dan sumbangan menjayakan program berkenaan.

Menurut YWP, program itu sejajar dengan aspirasi yayasan untuk memperkukuh pembangunan modal insan, memperluas jaringan kerjasama strategik dan menyokong kesejahteraan komuniti.

Program CSR berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian usaha YWP memperkukuh kesejahteraan masyarakat bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN