Yang Dipertua Persatuan Pendakwah Orang Asli dipilih Tokoh Pendakwah - Utusan Malaysia

Yang Dipertua Persatuan Pendakwah Orang Asli dipilih Tokoh Pendakwah

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) kepada Wan Masindra Juja pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M peringkat negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Yang Dipertua Persatuan Pendakwah Orang Asli Islam Malaysia, Wan Masindra Juja dipilih menerima Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri.

Wan Masindra, 44, yang juga Tokoh Mualaf Kebangsaan pada tahun 2023 itu menerima anugerah tersebut yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Anugerah itu membolehkan Penyelia Mubaligh Islam Negeri Perak itu menerima wang tunai RM5,000 dan plak yang disampaikan baginda.

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Imam kepada Pengurus Koperasi Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFMB) Perak, Rosli Mat, Tokoh Bilal (Sirat Abdullah) dan Tokoh Siak (Mat Yusoff Suliman).

Anugerah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) diterima Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak manakala Anugerah Khas pulak diberikan kepada Ismail Muhamad Zin.

Lima menerima anugerah itu menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan plak.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) kepada ibu tunggal, Umi Kalsom Bahak.

Ibu kepada enam anak itu menerima kurniaan wang tunai RM10,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM9,000 dan plak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN