PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad mencuri tumpuan di Pameran Food & Hospitality Malaysia (FHM) 2025 edisi ke-18 dengan mengetengahkan pelbagai hidangan berasaskan produknya yang diinovasikan tanpa menjejaskan cita rasa asli. Pameran dwitahunan terbesar Malaysia bagi industri makanan, minuman, hotel, restoran dan perkhidmatan makanan itu berlangsung dari 23 hingga 26 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan pemain industri tempatan dan antarabangsa. Ajinomoto dalam kenyataan berkata, dengan tema “Memupuk penyelesaian…









