KUALA TERENGGANU: Waris kepada pempengaruh dan usahawan kosmetik yang berdepan pertuduhan mengedar dadah, menuntut pelbagai aset termasuk kenderaan mewah, barang kemas dan wang tunai dengan anggaran keseluruhan lebih RM900,000. Tuntutan terhadap harta milik Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, atau lebih dikenali sebagai Man Hidung dikemukakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Harta berkenaan disita selepas tertuduh didakwa terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta)…










