KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga Mesir yang juga pemilik sebuah premis perniagaan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menjual perhiasan ayat al-Quran yang mengandungi kesilapan cetakan. ElkIlany Osama Aly Shaban Ahmed membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Yuhanis Mohd Roslan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, tertuduh melunaskan denda itu di mahkamah sebaik…