GEORGE TOWN : Vivo Malaysia komited untuk terus kekal sebagai antara jenama telefon pintar pilihan rakyat negara ini susulan pengenalan model Flagship ZEISS Portrait terbaharunya, iaitu vivo V60. Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, sejak memulakan operasi di Malaysia kira-kira 11 tahun yang lalu, jenama yang berpangkalan di China itu telah berjaya mencuri hati ramai pengguna telefon pintar di negara ini. “Di Malaysia, ada tujuh juta pengguna vivo…