PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyalurkan sumbangan RM420,000 kepada waris 42 pelajar yang terlibat dalam nahas di Gerik pada 9 Jun lalu. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, setiap waris mangsa yang terkorban dan cedera menerima sumbangan RM10,000 menerusi Tabung UPSI Prihatin Gerik. Beliau berkata, Tabung UPSI Prihatin Gerik diwujudkan sebagai inisiatif khas untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa serta keluarga…