PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima empat laporan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Tang Yi Ze susulan cadangan memansuhkan matrikulasi melalui portal berita tempatan. Kenyataan dilaporkan bagi menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal kemasukan ke universiti awam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kenyataan tersebut…