Tumpu persiapan Belanjawan 2026, Sidang Kemuncak ASEAN, PM arah lawatan menteri ke luar negara dihentikan

Tumpu persiapan Belanjawan 2026, Sidang Kemuncak ASEAN, PM arah lawatan menteri ke luar negara dihentikan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuat kuasa serta merta.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun, mesyuarat-mesyuarat berjadual atau pun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri boleh diteruskan.

“Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan
juga persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

“Arahan itu juga sebagai persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan Belanjawan Madani 2026 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan digarap selari dengan hasrat dan kerangka besar Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), khususnya dalam aspek menaikkan siling dan lantai ekonomi rakyat.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi dengan kehadiran kuasa besar dunia yang berpengaruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN