KOTA BHARU: Seorang tukang cuci di sebuah pusat peranginan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 36 butir peluru hidup di rumahnya di Kampung Paloh, Pintu Geng, dekat sini kira-kira dua minggu lalu. Azhar Anual, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad. Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Glock 26…










