NARATHIWAT: Tujuh letupan bom menggegarkan tujuh daerah di tiga wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini dengan dua kecederaan dilaporkan. Kejadian itu turut disertai dengan tindakan pembakaran tayar kenderaan di jalan utama di ketiga-tiga wilayah tersebut yang dilakukan oleh kumpulan tidak dikenali. Sumber keselamatan berkata, kejadian pertama di Narathiwat itu berlaku di Mukim To Deng, Daerah Sungai Padi apabila tayar dibakar…