TPR SPRM ditahan berkaitan kes dadah dibebaskan dengan jaminan

TPR SPRM ditahan berkaitan kes dadah dibebaskan dengan jaminan

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dadah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek akan dibebaskan selepas tempoh reman tiga hari terhadapnya tamat hari ini. 

Menurutnya, kertas siasatan kes tersebut sudah dirujuk kepada TPR semalam dan masih menunggu untuk arahan selanjutnya. 

“Ya, dibebaskan dengan jaminan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini. 

Kelmarin media melaporkan, seorang TPR SPRM ditahan polis selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah dan memiliki dadah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan membabitkan individu terbabit bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana suspek direman tiga hari.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN