KUALA LUMPUR: Tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa sejak dua tahun lalu. Ketiga-tiga tertuduh, L. Cassandra D’Silva, 39; ibunya, Celine Clara Lewis, 63; dan bapanya, L. Edward Louis, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa memperdagangkan mangsa dengan menggunakan kekerasan di sebuah…