Eda Ezrin terus berkarya selepas sebulan keluar penjara - Utusan Malaysia

Eda Ezrin terus berkarya selepas sebulan keluar penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin muncul dengan single baharu, Ku Gi Dulu yang diperdengarkan secara rasmi, baru-baru ini.

Lagu ciptaan Putra Amirul itu merupakan karya yang dirakam Eda selepas satu bulan dia dibebaskan dari penjara.

Eda juga tampil dengan video muzik lagu tersebut yang dimuat naik di platform Youtube, semalam.

Rata-rata netizen menyambut baik kemunculan semula Eda menerusi lagu tersebut.

“Alhamdulillah, artis dikir barat Eda Ezrin sudah kembali. Semoga tabah dengan ujian yang lepas. Untuk masa akan datang lebih berwaspada selalu,” komen netizen di Youtube.

“Alhamdulillah, tahniah. Rezeki Eda pun makin bertambah. Semoga makin maju jaya. Rindu sungguh dengar kelunakan suara Eda,” komen seorang lagi netizen.

Pada 6 Ogos lepas, Eda, suaminya dan empat individu lain dibebaskan dari penjara Narathiwat selepas sembilan bulan dipenjarakan.

Kesemua mereka ditahan selepas ditangkap dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November lepas. Polis turut merampas sejumlah 6,059 pil Yaba.

Mereka bagaimanapun pada Mac tahun ini dibebaskan daripada tuduhan memiliki pil tersebut.

Namun penahanan mereka dilanjutkan selepas rayuan pendakwa raya Thailand diluluskan mahkamah.

Eda dan enam yang lain akhirnya dibebaskan selepas pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN