KUALA LUMPUR: Tanah di Kampung Sungai Baru yang menjadi pertikaian baru-baru ini disahkan bukan berstatus Malay Agricultural Settlement (MAS) atau Tanah Rizab Melayu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara itu kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah dan sebarang keputusan berhubung status tanah berkenaan akan diputuskan oleh pihak berkuasa terbabit. Katanya, pihaknya menghormati proses perundangan sedia ada dan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah…