KUALA LUMPUR: Taiwan menyasarkan lebih 500,000 pelancong dari Malaysia untuk berkunjung ke negara itu sehingga penghujung tahun ini. Timbalan Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (TECO Malaysia), James Buu berkata, seramai 200,000 rakyat Malaysia direkodkan telah melancong ke negara itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Menurutnya, angka itu menjadikan Malaysia sebagai salah satu pasaran Asia Tenggara paling penting untuk kemasukan pelancong ke Taiwan. “Setiap tahun kami…