Sudah terang mufti bagi jawapan - Zizi Kirana - Utusan Malaysia

Sudah terang mufti bagi jawapan – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana kecewa dengan segelintir pihak yang mempertikaikan penglibatan selebriti dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkata malah dia kecewa dengan pandangan negatif netizen yang seolah-olah menidakkan tujuannya untuk membantu saudara Islam di sana.

“Sedikit kecewa dengan orang yang asyik pertikai. Ada yang soal kenapa artis ikut misi, belum lagi ada yang pertikai hukum wanita pergi misi, sudah terang mufti bagi jawapan tak nak dengar,” ujarnya di Instagram.

Zizi dalam masa yang sama menyarankan semua pihak memberi fokus kepada tujuan misi itu dilaksanakan.

Sebelum ini, Zizi memilih untuk berdiam diri daripada menjawab kritikan, namun akhirnya tampil membuat penjelasan.

Penyanyi itu turut berterima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong dan mendoakan kelancaran urusan misi tersebut.

“Kepada yang mendoakan dan menyokong, terima kasih banyak. Semoga Allah membalas segala kebaikan dunia akhirat buat kalian. Teruskan berdoa dan sokong kami.” ujarnya.

Zizi bersama beberapa aktivis dari Malaysia telah berlayar melalui laut Mediterranean bersama puluhan kapal dari 44 negara bagi misi bantuan pada 31 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN