PETALING JAYA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu mengambil tindakan terhadap perwakilan kerana didakwa menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Presiden parti menimbulkan persoalan. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, desakan “Turun Tan Sri” yang bergema dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu baru-baru ini merupakan suara akar umbi, namun ironinya, mereka yang menyuarakan pandangan itu pula berdepan risiko dipecat. “Kenapa mereka…