Suami isteri maut motosikal kemalangan dengan lori

Suami isteri maut motosikal kemalangan dengan lori

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA: Sepasang suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di bulatan Jitra berdekatan Hospital Jitra, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 60-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan simen dengan motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dinaiki kedua-dua mangsa.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui talian MERS 999 memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di lokasi kejadian.

“Seramai tujuh anggota BBP Jitra dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu membawa keluar mangsa yang tersepit di bawah lori dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, sementara pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN