SUNGAI PETANI: Syarikat pengangkutan yang berdaftar di bawah program Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) boleh membuat tuntutan bayaran balik tunai RON95 meski belum menerima kad fleet masing-masing selepas tarikh pelaksanaan, Selasa depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, mereka hanya perlu mengemukakan rekod telah mendaftar di bawah SKPS dan telah memohon kad fleet sebelum atau pada 31 Oktober depan. Katanya, kemudahan itu disediakan…