KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dipinda bagi melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) untuk memperluas jaringan perlindungan kepada pekerja ditimpa kemalangan di luar waktu bertugas. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selari perubahan corak pekerjaan semakin menekankan sistem kerja fleksibel dan jarak jauh yang memerlukan penyesuaian perlindungan sosial agar relevan dengan keperluan semasa. “Tekanan kerja tidak berhenti di pintu pejabat atau kilang.…