BELADIN: Seorang peserta regata Karnival Beting Maro mati lemas selepas perahu mereka karam berhampiran tebing sungai Batang Saribas, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Rejali Angong berkata lelaki berusia 32 itu disahkan meninggal dunia di Klinik Beladin. Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang ketika mangsa bersama-sama rakan pekayuh lain dalam perjalanan balik ke pangkalan. “Semasa hendak balik ke pangkalan untuk berehat, perahu KT500 Pantai Damai Beladin…