Zahid Hamidi ucap selamat maju jaya

SD singkir Muhyiddin: Zahid Hamidi ucap selamat maju jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak mencampuri masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini terdapat usaha daripada 120 Ketua Bahagiannya untuk mengubah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya kekal berkecuali serta menghormati hak Bersatu untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan sendiri.

“Setakat ini kita ambil pendirian tidak akan campur tangan dalam urusan parti-parti lain dan kita ucapkan selamat maju jaya di dalam sebarang cabaran yang dihadapi.

“Mudah-mudahan ada hidayah dari Allah buka pintu hati mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan persidangan meja bulat  dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Serta Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), di sini, hari ini. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 120 Ketua Bahagian Bersatu telah menandatangani SD menggesa Muhyiddin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.  

Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengakui SD itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan survival parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid tidak menjawab sama ada UMNO bersedia bekerjasama dengan Pas jika parti Islam itu meninggalkan Bersatu. 

Ia susulan kebimbangan yang disuarakan Ketua Bahagian Bersatu mengenai Pas yang didakwa tidak bersetuju menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kelmarin, Bersatu meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-11. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PAT Bersatu kali ke-9  menyokong sepenuhnya kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Presiden Bersatu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN