'Saya tidak akan maafkan' - Utusan Malaysia

‘Saya tidak akan maafkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara penampilan ketika konsert Comeback Elite baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar dikecam hebat oleh netizen yang menganggap busana yang digayakan agak kurang sesuai.

Tidak hanya berdiam diri, Linda,46 tampil dengan kenyataan tegas di media sosial berkata dia tidak akan sesekali memaafkan pihak yang melemparkan kata-kata serta mengaibkan dirinya dan keluarga.

“Dengan rendah hati saya terima semua kritikan positif , tetapi saya tidak akan memaafkan mereka yang memberi kata-kata celaan mengaibkan saya serta keluarga sampai bila-bila, selagi awak tidak meminta maaf pada saya sendiri,” tulisnya dalam hantaran di Tiktok.

Bagaimanapun, anggota kumpulan Elite itu tetap meluahkan rasa lega apabila konsert bersejarah itu akhirnya selesai selepas penantian 25 tahun dan kini dia boleh kembali memberi tumpuan kepada keluarganya.

Linda turut memohon maaf kepada peminat sekiranya persembahannya itu tidak menepati jangkaan, namun menegaskan bahawa dia sudah pun berusaha dan memberikan yang terbaik.

“Walaupun saya sudah cuba yang terbaik, tetapi saya masih lagi seorang insan yang tidak sempurna.” tambahnya lagi.

Penyanyi itu juga berkata, apa yang berlaku hanyalah ujian serta peringatan daripada Allah SWT buat dirinya dan umat yang disayangi-Nya.

“Allahuakabar, yang buruk semua datang daripada saya, yang baik semuanya dari Dia.”

Kontroversi pakaian Linda di konsert itu,nyata mencuri perhatian apabila warganet meninggalkan komen yang pedas di sosial media. Namun, peminat setia juga tampil mempertahankan Linda dan menganggap kecaman tersebut agak keterlaluan.

Sekadar info, kumpulan terkenal era 1990-an, Elite yang turut dianggotai Abby Abadi, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Azza Zawari.kembali merawat kerinduan peminat menerusi konsert Elite Live ‘25 yang berlangsung di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 September lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN