SARA: Kerajaan pantau peniaga naik harga barang

SARA: Kerajaan pantau peniaga naik harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MoF) memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang dikesan menaikkan harga barangan semasa pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai hantaran media sosial berhubung dakwaan tersebut dan siasatan boleh dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Kerajaan Madani akan menyiasat aduan berkaitan kenaikan harga susulan pelaksanaan SARA. Pada masa sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Amir Hamzah berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak berkompromi dengan pihak yang cuba menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat.

Katanya, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan rasmi kepada KPDN melalui portal e-Aduan, talian WhatsApp 019-848 8000 atau pusat panggilan 1-800-886-800.

Sementara itu, pelaksanaan hari kelapan SARA semalam berjalan lancar dengan jumlah jualan mencecah RM102.5 juta melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam.

Menurut MoF, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.9 peratus bagi dua hari berturut-turut.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tujuh hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai pada hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×