PETALING JAYA: Semangat kemerdekaan turut diraikan warga Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi penganjuran Sambutan Ambang Malaysia Merdeka 2025 di Khalifah City Park, Abu Dhabi.
Program itu diketuai Ahmad Rafil Adha Abdul Rani dan Azlindahayu Azman Shah dengan penyertaan kira-kira keluarga Malaysia dari Aspen Heights British School.
Antara pengisian acara tahunan berkenaan ialah pertandingan mewarna bendera Malaysia untuk kanak-kanak, kuiz kanak-kanak serta kuiz khas bagi golongan remaja dan dewasa.
Katanya, aktiviti sebegini bukan sahaja memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak Malaysia di perantauan, malah mengeratkan silaturahim antara keluarga yang menetap di Abu Dhabi.