JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbang untuk mengambil langkah membawa pulang mahasiswa Malaysia di Indonesia sekiranya situasi rusuhan di republik itu semakin meruncing. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagaimanapun buat masa ini, keadaan demonstrasi di Indonesia itu masih terkawal dan stabil. Katanya, pihaknya bersama Kementerian Luar mengikuti perkembangan terkini dan maklum balas keadaan di negara itu daripada wakil Malaysia iaitu Education Malaysia Indonesia (EMI).…